Guna kelebihan
Apabila beliau ditawarkan menjadi kartunis di NST, beliau ibarat seorang pemimpin yang diberi sebuah kerajaan yang lengkap dengan tentera. Sebagai pekerja NST, segala perbincangan mengenai karyanya dengan editor menjadi mudah. Tambahan pula editor di situ adalah juga rakan sepejabatnya. Melalui kelebihan itu jugalah, Lat dapat menyakinkan editor NST bagaimana mahu merealisasikan ideanya dengan fleksibel.
Bayangkan, adakah penerbit akhbar berbahasa English seperti NST mahu menerima proposal komik yang pior Melayu itu sekiranya Lat hanyalah seorang pelukis luar seperti peukis-pelukis lain?
Lat memang berhak
Dua situasi di atas nampak macam mudah, tetapi Lat bukan berjaya kerana dia bernasib baik, dia berjaya atas kesungguhannya sendiri. Ia takkan berlaku sekiranya kartun-kartunnya 'kosong'. Lukisan Lat yang sedia digemari ramai itu juga sentiasa matang dari hari ke hari. Sehingga hari ini, rentak Lat masih mengalami evolusi, terutamanya dari segi teknik penghasilannya.
Sekiranya seorang ahli sukan, keupayaannya makin berkurang apabila meningkat usia, tetapi Lat terbalik. Makin tua, makin hebat pula lukisan dan ideanya.
Dia memang hero!
Perjalanan hidup Lat ini banyak memberi kekuatan kepada saya bagi merancang impian saya. Saya sengaja mengabadikan penelitian ini di blog supaya saya tidak lupa bahawa saya pernah tahu hal ini....
Moga ia juga dapat memberi kebaikan kepada pengunjung blog ini.
Persamaan situasi
Memandangkan beliau hero saya, saya sedaya upaya mencari persamaan antara kami supaya ia dapat dijadikan semangat dan motivasi buat saya.
Eksperimen
Ketika muda, Lat melakukan banyak eksperimen terhadap kerjayanya. Antaranya adalah muzik. Karya-karya awalnya juga banyak disiarkan di majalah muzik. Namun, akhirnya beliau memilih kartun sebagai kerjaya utamanya.
Sewaktu awal remaja, saya juga banyak membuat eksperimen kerjaya. Pernah serius membuat silap mata dan filem pendek. Akhirnya, saya memilih kartun dan novel sebagai pilihan kerjaya utama.
Karya tersiar pada usia 13 tahun
Karya pertama Lat yang tersiar adalah komik 3 Sekawan, ketika itu beliau berusia 13 tahun.
Karya pertama saya pula tersiar adalah komik 2 petak di majalah Gila-gila, ketika itu saya juga berusia 13 tahun.
Yang membezakan antara beliau dengan saya adalah, karyanya diterbitkan dalam bentuk buku dan secara solo, manakala saya dalam bentuk majalah, malah hanya komik tempelan. He he he.... :)
Karya tersiar di tempat kerja
Lat memilih berkerjaya di syarikat penerbitan supaya mudah baginya merancang kerjayanya dalam dunia kartun.
Saya juga kebetulan mendapat rezeki di syraikat penerbitan dan mendapat majikan yang menggalakkan staffnya berkarya.
Influnce daripada Rejabhad
Kedua-duanya adalah anak murid Raja Kartun Malaysia, Allahyarham Rejabhad! Tidak hairanlah minat kami berdua hampir sama. Mungkin disebabkan Rejabhad jugalah saya mengangkat Lat sebagai hero saya.
Tetapi, saya takkan dapat menjadi sepertinya kerana dia terlalu lagend!
Pameran Lat di Istana Budaya
Saya kongsikan gambar-gambar saya beraksi di pameran karya Lat, Istana Budaya. Banyak yang saya belajar pada pameran ini. Ia seperti melawat taman tema Disney versi Lat + bengkel kartun yang diajar sendiri oleh Lat... dan ianya adalah PERCUMA!
Saya harap, ramai kartunis di luar sana sempat mengambil peluang melawat pameran ini.
Tunang saya yang banyak memberi dorongan kepada saya dari segala segi. Dialah yang sering memberi idea penulisan dan kartun kepada saya. Guest what? Dia terima saya ketika berat badan saya 128kg! Sampai sekarang saya tidak tahu bagaimana wanita baik seperti ini memilih raksasa seperti saya. Huuu... Alamak! Lari topik. Alang-alang lari topik, saya menjemput pengunjung blog ini ke majlis kahwin kami pada 30 April dan 8 Mei nanti. Maklumat lanjut,
kik di sini.
Dan... gambar terbaik malam itu adalah......
DATO LAT sedang menerima kad jemputan perkahwinan saya!