Saturday, February 26, 2011

Berat saya turun 40Kg tanpa sebarang ubat!

Photobucket

Berat kemuncak saya adalah 128Kg (lihat video bagi melihat gambar). Kini, berat saya adalah 88Kg. Masih dalam kategori heavyweight dan tetap terus berusaha! Idola saya dalam menjaga badan ini adalah The Rock!

Thursday, February 24, 2011

Wednesday, February 23, 2011

Injured tulang belakang

Photobucket

Tulang belakang saya sakit kerana mengangkat besi ini dengan cara yang salah banyak kali. Apabila menonton rakaman video, kelihatan sangat mengerikan dan menyakitkan. Ueuuwww! Terpaksa berehat daripada angkat berat buat seketika. Damn! Macam mana mahu jadi The Rock kalau macam ini?

ORANG KELAKAR- Zoooop!

Photobucket

Tuesday, February 22, 2011

Review teater Terima Kasih Cinta: Ada orang menangis.....

Photobucket

Baru-baru ini berpeluang ke Istana Budaya bagi menonton teater Terima Kasih Cinta yang mendapat promosi sejak tahun lepas lagi. Sebaik sahaja aku mendapat jemputan media, aku terus membuat research fasal teater ini. Damn! Rupa-rupanya ini adalah teater yang menggunakan konsep filem Cinta dan Sepi arahan Khabir Bhatia. Kalau begitu, mesti ada trademark crossover dan nangis yang banyak dalam teater ini seperti versi filem.

Tahniah! Selepas menontonnya 3 jam, trademark-trademark itu ada dalam teater ini. Ada beberapa bahagian dalam cerita kali ini agak longgar dan akan jadi lebih best sekiranya di-polish. Walaupun begitu, ianya adalah sedikit sahaja. Tidak mencacatkan keseluruhan teater Terima Kasih Cinta.

Lakonan yang mantap! Aku suka lakonan Leya dan mamat yang sakit buah pinggang itu (tidak ingat namanya, ampun! Sebab muka dia tidak ada dalam poster). Leya sangat natural dan pandai melawak spontan, manakala mamat sakit buah pinggang itu sangat bertenaga dan punya vokal yang sedap.

Teater ini menggunakan jalan cerita berbeza daripada versi filem, tetapi ada beberapa perencah filem luar dimasukkan ke dalam tetaer ini. Perencah yang cool!

Ya! Ada orang nangis dalam Istana Budaya ketika itu. Tahniah Nizam Zakaria dan semua yang terlibat. Teater ini dipersembahkan di Istana Budaya sehingga 6 March 2011.. can you smell what The Rock is cooking?

Wednesday, February 16, 2011

The Rock kembali bergusti di WWE

Ya, The Rock kembali, tidak percaya, klik 2 link video di bawah ini
... dan ini pula reaksi saya

Tuesday, February 15, 2011

video silap mata pentas saya

Video ini dirakam ketika saya masih berbadan gempal. Enjoy the video!

Monday, February 14, 2011

Thursday, February 10, 2011

Monday, February 07, 2011