Tuesday, November 30, 2010
Saturday, November 27, 2010
Wednesday, November 24, 2010
Jurnal aku mahu kurus - Mereka adalah idola saya
Saya kagum dengan semua orang dalam video ini. Terutamanya orang selepas 0.33 saat dan ke atas. Mereka lebih gemuk daripada saya, tetapi mendapat bentuk badan yang sangat sempurna.
Video ini akan ditonton setiap kali saya rasa hilang semangat.
Video ini akan ditonton setiap kali saya rasa hilang semangat.
Monday, November 22, 2010
Friday, November 19, 2010
Jurnal aku mahu kurus
Tiba-tiba sahaja tunjuk gambar lelaki pakai baju Superman. Apa kes sebenarnya ini? Ya, ini adalah gambar perngecutan terkini saya. Anggaran perbezaan berat bagi kedua-dua gambar ini adalah dalam 20 Kg.
Tahun 2008 itu 128 Kg manakala tahun 2010 itu 107 Kg. Ya, saya masih dalam kategori obesiti, untuk itu, saya wajib terus berusaha. Kali ini dengan azam yang lebih kuat!
Sepanjang tempoh itu, saya bersenam di gym dan padang dengan jadual yang tidak teratur. Bersenam ikut mood. Pernah berhenti bersenam selama setahun kerana putus asa dengan hasil yang tidak memberangsangkan.
Namun begitu, sejak awal November 2010 ini, saya mula teruja mengecutkan badan saya kembali. Sebabnya, saya sudah tidak tahan diperli rakan-rakan dan keluarga kerana kegemukan saya ini.
Tekanan orang sekeliling adalah pembakar lemak saya! Pada mulanya ia penderaan emosi, namun... kata-kata mereka menjadi cabaran paling kuat buat diri saya hari ini. Saya berjaya turun 5 Kg dalam masa 2 minggu. Ia hanyalah dengan cara pemakanan dan senaman yang teratur. Saya akan kongsikan kepada yang berminat fasal ini pada entri seterusnya.
Nota: Ketika menaip blog ini, emak saya masih anggap saya gemuk. :I
Berat terkini: 107 Kg
Thursday, November 18, 2010
Orang Kelakar - Bahaya rokok

Mohon pendapat pembaca.
Saya teruja mahu kongsikan kembara kuruskan badan saya di blog ini. Ianya bukan cerita kelakar, tetapi lebih kepada jurnal. Apa pendapat pembaca? Buat makluman, setakat ini, saya berjaya turun 5kg dalam masa 2 minggu dan saya masih terus berusaha.
Nota penting: Ini bukan iklan sebarang jualan. Hanya exercise dan cara pemakanan.
Thursday, November 11, 2010
Monday, November 08, 2010
BOB SANI HERO KITA - Trailer novel kanak-kanak
Klik sini bagi pembelian online
Trailer novel kanak-kanak, BOB SANI HERO KITA terbitan PTS One. Berdasarkan daripada kisah benar yang diolah sehingga jadi terus tidak benar 100%
Monday, November 01, 2010
ORANG KELAKAR - Trick kurangkan berat badan

Nota: 8 kali berbalas email dengan production Life in a day arahan Kevin MacDonald berkenaan isu tandatangan orang yang terlibat dalam video saya. Akhirnya, dapat kata sepakat, mereka akan gunakan video saya tanpa perlu sebarang tandatangan. Bermakna saya berjaya melepasi peringkat shortlist untuk dimasukkan dalam filem arahan Kevin MacDonald!
Alhamdulillah....
Subscribe to:
Posts (Atom)











