Sunday, August 29, 2010

Video Animasi: PENGUMUMAN MERDEKA ISTIMEWA

Saya akan live di KLFM 97.2FM DAN SALURAN MUZIK AKTIF 180 ASTRO SEMPENA HARI KEMERDEKAAN YG KE 53. Bermula 9.10 pagi sehingga 10.10 pagi.

Selain itu, buku Menjadi Selebriti Melalui Youtube baru siap cetak akhir minggu lalu. Tuan Puan boleh memesan buku ini secara online di sini ataupun tunggu 2-3 minggu lagi untuk sampai ke kedai buku berdekatan rumah. Terima kasih! Anda Hebat!

VIDEO PROMOSI




Friday, August 20, 2010

BOB SANI HERO KITA - Akan buat kacau di tempat anda.

Photobucket

Ini contoh watak dalam cerita kanak-kanak, BOB SANI HERO KITA. Akan menemui pembaca tidak lama lagi.

Thursday, August 19, 2010

Bendera Malaysia di meja opis menanti mangsanya....



Nampak macam indah... tetapi sudah 2 orang demam teruk kerana kesejukan di tempat ini. Mana tidaknya, aircond itu tepat-tepat ke tempat saya dan kami tiada remote control! Saya orang ketiga yang berpindah ke sini. Damm!


Monday, August 09, 2010

Wayang pacak Maskara Shorties # 3 mencipta benchmark baru

Maskara Shorties # 3 yang berlangsung baru-baru ini mencipta satu benchmark baru bagi wayang pacak Tanah Melayu. Terbaik dari ladang dan lautan dalam. Sokongan daripada award winning director seperti Mamat Khalid dan Uwei menambahkan lagi prestij Maskara Shorties # 3.

Filem-filem kelakar makin banyak. Sudah ada filem yang buat CGI dan animasi. Tiada lagi filem yang tenggelam timbul bunyinya. Sudah banyak filem yang membuat eksperimentasi. Tidak tahulah, adakah pihak penganjur, iaitu Sindiket Sol-Jah sudah cantas filem-filem lain. Pokoknya, semua filem yang ditayangkan pada malam itu sangat menarik.

TOP 5 feveret aku untuk malam itu:

- LAWAN
- HANTU MAK LIMAH BALIK RUMAH
- PEMANDU PELENCONG
- COLOUR OF IDEA
- SEPI SEORANG ABDILAH

Sebenarnya, banyak lagi filem yang best. Tetapi saya patut bagi kredit bagi 5 filem di atas kerana membuatkan kami di sana langsung tidak bosan. Bagi yang terlepas filem saya, 3 Hantu Silap Mata arahan saya pada malam itu. Sorry... saya takkan upload ia di youtube buat masa ini. Namun, tontonlah video yang terbaharu ini. Video ini langsung tiada kaitan dengan Maskara Shorties # 3. Terima kasey!





Monday, August 02, 2010

ORANG KELAKAR - Goyang kaki pun boleh dapat duit

Photobucket

Hanya beberapa hari lagi, skrip Hantu Silap Mata the movie akan disiapkan.