Friday, April 30, 2010

Afdlin Shauki balas mesej Facebook aku!

Wah! Terus hilang ngantuk di tempat kerja.

Photobucket

Tuesday, April 27, 2010

Monday, April 26, 2010

Ajaib! Pedang terapung!

Saya rakam kejadian ini di The Curve, Damansara. Beli buat partner tari, best ni.

Saturday, April 24, 2010

Superman masuk Raja Lawak

Aksi saya di Raja Lawak. Ini video lama, tetapi baru sekarang saya dapat compile. Tempat duduk saya itu sebenarnya khas untuk Nabil Raja Lawak. Tetapi beliau tidak dapat berada lama di situ, maka saya diberi peluang duduk di situ. Bagaimana saya yang terpilih? Mudah sahaja, sebab saya masuk lambat dan semua kerusi sudah penuh. Hanya kerusi Nabil yang kosong. Maka, saya duduklah di situ.

Pada mulanya, apabila saya menonton aksi-aksi ini, saya rasa malu. Saya ambil masa setahun untuk malu dengan diri sendiri. Namun, pabila saya menontonnya sekarang, saya rasa itu kenangan manis dan saya kagum dengan diri sendiri kerana berani beraksi bodoh seperti itu. Sekiranya ada peluang begini lagi, saya bercadang mahu buat silap mata di situ.

Wednesday, April 21, 2010

ORANG KELAKAR- Chief pekak

Extra:
Saya baru pindah rumah ke suatu tempat misteri. Saya suka tempat itu kerana ia lebih privasi dan saya boleh menari erobik di hadapan cermin tanpa rasa malu. Semalam berbual dengan housemate saya. Lelaki itu berbadan sasa dan berambut askar, kerja dia adalah supply senjata kepada pihak tentera. Hobi dia, suka tengok orang buang sampah dari beranda atas.


Sunday, April 18, 2010

Ribut dahsyat bewarna hitam melanda kampung saya.



Ribut paling dahsyat melanda kampung saya sehinggakan ada dinding flat yang pecah seolah-olah dilanggar batu besar. Kejadian ini berlaku sekitar 5.30 petang, Sabtu lalu. Walaupun kampung saya ini adalah laluan ribut, tetapi ribut kali ini agak menakutkan kerana ia bewarna hitam. Subhanallah!

.

Friday, April 09, 2010

Saya di TV9

Sudahlah hensem! Kurus pula! Kalaulah saya seorang perempuan dan tahu di mana rumah dia, sudah lama saya hantar rombongan meminang.

Wednesday, April 07, 2010

Thursday, April 01, 2010