Wednesday, March 31, 2010
Pesta Buku 2010 Extended Version
Pesta Buku 2010 Extended Version. Walaupun Pesta Buku 2010 sudah berlalu, anda masih boleh melihat suasananya melalui video ini + peristiwa menarik yang tidak ramai tahu. Saya paling suka bahagian kempiskan belon gergasi. Antara peristiwa yang sempat saya rakam...
- PWTC dilanda banjir
- Heroin drama Alif Firdaus jumpa The Real Alif Firdaus
- Mamat Khalid di pesta buku
- Ditemuramah TV9
- Upacara pecahkan belon gergasi
- Siapa Cool?
- Ucapan bonus
Terima kasey!
Wednesday, March 24, 2010
Dunia Kartun dan profesor

MInggu lalu saya terkejut apabila Prof Emiritus Abdullah Hassan memberitahu sekumpulan profesor terhibur membaca komik Dunia Kartun saya.
Hari ini, ketika saya jalan-jalan ke gerai Creative Enterprise, saya terjumpa buku baru yang punya judul sama dengan DUNIA KARTUN. Ia adalah buku tulisan Prof Muliyadi Mahamood.
Wah! Nampaknya nama DUNIA KARTUN itu begitu sinonim dengan profesor-profesor di Malaysia! Walaupun reason yang ke-2 itu macam tiada kaitan, saya tetap mahu perasan!
Terima kasih kepada semua yang sudah membeli komik Dunia Kartun saya. U ROCK!
.
Monday, March 22, 2010
Saturday, March 20, 2010
Maaf sebab tidak dapat bual panjang di pesta buku

Saya serba salah sekiranya tidak mohon maaf secara terbuka di sini. Ada beberapa pengunjung blog ini menegur saya di PWTC siang tadi, tetapi saya tidak dapat berbual panjang dengan mereka secara dekat. Ia disebabkan saya ada tugasan penting siang tadi.
Berkenaan VCD dan Badge, ia bukan produk PTS (tempat saya kerja), sebaliknya produk saya sendiri yang dijual berasingan. VCD 'Baik Punya Video' dijual di booth mini di tepi pentas utama PWTC.
Manakala badge hanya boleh didapati apabila anda menegur saya. Ia sangat special dan hanya orang bertuah sahaja yang dapat memilikinya.
Terima kasih.
Thursday, March 18, 2010
Barang baik punya di pesta buku!
Sambar 3 barang baru ini di pesta buku antarabangsa kuala lumpur. Gerai saya di hadapan pintu masuk pwtc. Jumpa di sana dari 19 March sehingga 28 March 2010.
Siapa di sini sudah tengok IP MAN? Pergh! best giler cerita IP MAN itu!
Okeylah, saya mahu ke PWTC sekarang, tidak boleh lepak opis lama-lama, nanti kantoi dengan bos. Bos suruh lepak di PWTC.
Wednesday, March 17, 2010
Tuesday, March 16, 2010
Filem Baik Punya Video
Monday, March 15, 2010
Alifstyle Super Badge edisi terhad.
Senarai pembeli terawal alifstyle super badge! Siapa beli ini, automatik nampak kacak dan jelita. Edisi terhad ini juga boleh didapati di pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur di booth yang masih belum ada nama lagi. Dapatkan juga VCD Baik Punya VIdeo yang juga edisi terhad.
Sunday, March 14, 2010
Lagu ALIF KACAK
Ini lagu dan video lama. Sekadar mahu kongsi bagi siapa yang masih belum dengar dan lihat.
Saturday, March 13, 2010
Berpandangan jauh?
Hai pembaca! Malam ini saya sangat keletihan. Baru selesai edit video terbaru yang bertajuk, 'Baik Punya Video!'. Ini projek VCD terbaru saya. Mahu tahu fasal projek ini, teruskan ikuti perkembangan saya di sini. Terima kasey!
Obesiti Meningkat
Thursday, March 11, 2010
Tuesday, March 09, 2010
Lagi video Dunia Kartun, kali ini dari Atchah pula.
Terima kasih kepata Atchah dengan videonya yang hebat ini. Tahukah anda sebenarnya megi saya sudah kembang?
Sunday, March 07, 2010
VIDEO Dunia Kartun daripada aie89
Salam, ini vlog dari aie89 berkenaan komik DUNIA KARTUN yang bakal menemui pembaca bulan ini. Terima kasih aie89! U rock!
Tuesday, March 02, 2010
Prototaip Komik Dunia Kartun!
Hai! Sejak kebelakangan ini, aku jarang update blog. Apabila update, aku update 2 entri dalam masa kurang satu jam. Ambik ko!
Ini adalah prototaip cover komik Dunia Kartun, karya terbaru aku. Salah satu buah tangan aku sempena pesta buku nanti. Nantikan buah tangan seterusnya pula. Ia masih misteri nusantara. Nantikan komik Orang Kelakar di The Star setiap Ahad. Terima kasih atas sokongan.

Ini adalah prototaip cover komik Dunia Kartun, karya terbaru aku. Salah satu buah tangan aku sempena pesta buku nanti. Nantikan buah tangan seterusnya pula. Ia masih misteri nusantara. Nantikan komik Orang Kelakar di The Star setiap Ahad. Terima kasih atas sokongan.

Aku adalah the next Green Lantern!
Siapa kenal watak superhero DC Comics ini? Green Lantern! Pengawal keselamatan berkuasa superhero yang mendapat kuasa daripada cincin hijau. Filem animasinya bertajuk First Flight menjadi bualan peminat komik kerana story dan animasinya yang sangat power! Kini, ia akan muncul di pawagan dalam bentuk life action pula.
Subscribe to:
Posts (Atom)





















