Salam. Ini dia... komik Orang Kelakar di The Star! Awal-awal pagi aku ke pasar mencari suratkhabar semata-mata mahu lihat komik sendiri tersiar dalam surat khabar theStar. Feelnya berbeza berbanding pengalaman melihat kartun sendiri sebelum ini.
Badnews... karya original yang ini sudah hilang entah ke mana. Damm!
Sunday, February 28, 2010
Hantu Silap Mata di akhbar dan majalah minggu ini
Hai, entah apa yang berlaku, minggu ini, ada 2 artikel Hantu Silap Mata tersiar. Satu di Majalah Nancy Drew# 3 dan satu lagi di akhbar Suara Keadilan# 220. Saya sudah lama tidak membuat silap mata, novel dan filem Hantu Silap Mata juga hanya satu sahaja, tiada sequel mahupun prequel. Ini membuatkan saya berfikir, adakah saya perlu teruskan watak Hantu Silap Mata?
Rahsia Hantu Silap Mata di Majalah Nancy Drew

Hantu Silap Mata gegar Pantai Timur

Wednesday, February 24, 2010
Pengumuman: Komik Orang Kelakar di TheStar
Terima kasih atas sokongan semua pembaca selama ini. Mulai 28 Februari ini, komik saya akan tersiar di The Star setiap hari Sabtu. Teruskan sokongan semua. Saya terus berkarya, anda terus menyokong! Terima kasey!
Tuesday, February 16, 2010
Tabung Katak
Tabung Katak ini diberi nama selambakodok, sempena nama online Afdlin Shauki. Tabung ini diisi selama setahun di opis lama. Baru-baru ini, tabung ini terlalu penuh. Masuk duit, duit terkeluar balik. Jadi....
Friday, February 05, 2010
Tuesday, February 02, 2010
Anggaplah ini berita baik
Salam...
ANGGAPLAH INI BERITA BAIK!
Kepada yang mengikuti facebook ORANG KELAKAR sebelum ini, pasti sudah bersedia dengan berita ini. Komik strip yang seterusnya akan diterbitkan ke satu penerbitan mainstream. Komik ini sudah disindiket oleh pihak yang berurusan dengan Garfield. Nantikan kemunculan komik strip yang lebih berkualiti penghujung Februari. Untuk itu, komik strip tidak dapat disiarkan seperi biasa di sini. Mungkin ia akan disiarkan sekali seminggu. Ini adalah kebaikan antara saya dengan penerbit.
Ini pula cerita yang lain. Saya akan membuat kompilasi komik strip saya sempena pesta buku nanti. Nantikan komik bonus daripada saya pada 19-28 march 2010 di PWTC.
Terima kasih atas sokongan semua pembaca.
-Alif Firdaus Azis.
Subscribe to:
Posts (Atom)








