.
Tuesday, October 27, 2009
Maskara Shorties
Semua orang kool di seluruh negara berada di Maskara Shorties. Kalau dia tidak berada di Maskara Shorties - dia tidak kool. ( copy paste daripada blog sinaganaga )
Monday, October 26, 2009
Siapa pegang watak heroin dalam filem 'Alif Kacak' ?
Ops! Kamu tidak perlu meneka siapa pelakon-pelakon itu. Sebab mereka tidak sama seperti apa yang kamu fikirkan. NEVER! Jumpa di sana.
.
Monday, October 12, 2009
Samseng silap mata datang sekolah

Sabtu lepas aku berpeluang mengikut Amar ( penyanyi nasyid, komposer, pelukis dan ahli silap mata ) ke sekolah rendah di Kuala Selangor bagi pertunjukan silap mata. Walaupun ini adalah sekolah kampung, tetapi handphone dan kamera budak-budak itu canggih-canggih dan berkilat. Namun, tidak boleh celen kepala aku kerana ia lebih berkilat ( sebab aku baru botak licin ).
Budak-budak di situ punyalah seronok menonton. Berebut-rebut budak mahu naik ke pentas bersama Amar. Pada mulanya kami tidak yakin buku-buku yang kami bawa akan terjual, tetapi sebaliknya tidak cukup. Cikgu dan murid berebut mahu membeli buku yang berharga RM10.00 itu. Ia habis dalam sekelip mata. Meriah!
"Alif, kau jadi bodyguard Amar, kalau budak-budak datang, kau suruh mereka pergi," kata Ismail, juga seorang ahli silap mata. Mungkin sebab aku berpakaian serba hitam dan bermuka bengis dia berkata begitu.
Budak-budak masih tidak takut dengan aku. Mana tidaknya, dari mula sampai ke habis, aku asyik senyum melihat mereka. Macam mana mahu jadi samseng kalau begini? FAIL!
Thursday, October 08, 2009
AJAIB! Nombor plate kereta sama.
Sewaktu aku berjalan-jalan di sekitar Jalan Wangsa Melawati, aku terserempak satu perkara yang aneh. Nak kata masa itu malam Jumaat, tidak pula. Apatah lagi aku menjadi mangsa rancangan Wakanabeb, sebab tiada patung Gorilla di sekeliling aku. Hah! Ini perkara betul! Aku terserempak dengan kejaiban! Nombor plate kereta aku sama dengan kereta lain! Duduk sebelah menyebelah lagi! AJAIB!
Monday, October 05, 2009
CUCI THE MUZIKAL - leaked version dan beraya dengan Afdlin Shauki the great!
CUCI THE MUZIKAL - LEAKED VERSION.
Ini adalah 1 daripada 12 lagu baru yang akan dipersembahkan secara live di Istana Budaya nanti. Banyak lagu best, ketika promosi ini diadakan. Adibah Noor pun ada single lagu sendiri. Sedap lagu itu. Kalau nak dengar, belilah tiket di CUCI THE MUZIKAL. Kalau nak free, masuklah mana-mana pertandingan yang ada hadiah tiket. Jangan ambil tiket nombor ekor sudah, nanti kena tangkap dengan Mazidul Akmal Sidek pulak. Tak pasal-pasal glamer.
Kalau kau perasan, di sini tiada Awie. Sebenarnya Awie ada reherseal dengan band Wings, dia tetap ada ketika persembahan pentas Cuci The Muzikal nanti.
2 pelakon perempuan asal tidak ada di persembahan CUCI THE MUZIKAL ini. Erra Fazira digantikan dengan Vanida Imran, manakala Umi Aida digantikan dengan Adibah Noor. Wah! Gerenti meletup!
Beraya dengan Afdlin Shauki
Aku berkesempatan bertemu Afdlin selepas promosi ini dijalankan. Wah! Nampak macam best sahaja, padahal semua orang di Subang Parade itu pun dah jumpa Afdlin Shauki di situ. Aku sudah niat, tidak mahu berjumpa dengannya kerana hanya mahu bergambar. Sebab, pada pertemuan sebelum ini, kehadiran kamera di tangan aku menganggu kelancaran pertemuan aku dengan Afdlin. Yelah! Asyik-asyik nak bergambar, cakapnya tidak. Jadi, aku pasang niat, jumpa dia sebab nak bertegur sapa dan beraya dengan dia. No camera.
Namun, aku pula menjadi segan apabila Afdlin sendiri mengeluarkan handphone canggih dia dan mahu bergambar dengan aku. Aku terus kelu dan terharu. "Its.. perfect!" kata Afdlin sebaik sahaja melihat sendiri hasil gambar kami berdua.
"Keep sending video to me!" kata terakhir Afdlin Shauki. Errr sebenarnya dia sebut ayat itu 2 kali, sebab kali pertama saya seperti tak percaya seorang pengarah hebat bekata begitu pada aku.
Afdlin Shauki, kau memang extremely best!
.
Thursday, October 01, 2009
Kerja untuk posmen
Kepada Encik Posmen, selamat menjalankan tugas. Kalau penat, bolehlah singgah minum cendol di tepi jalan. Cakap sahaja berapa harganya, nanti encik boleh bayar sendiri. Terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)










