Monday, September 28, 2009

Pelakon hodoh dicari

Kalau Sindiket Soljah bagi can pada aku, dapatlah aku tayangkan filem paling tolol 2009 ini pada penonton di Maskara Shorties nanti. Itupun kalau aku berjaya pujuk mana-mana orang tepi jalan berlakon dalam filem ini. Pelakon itu, mestilah lebih hodoh daripada aku. Sekian, terima kasih.
Photobucket

Saturday, September 26, 2009

Bekas samseng baca kad raya.

Terima kasih kepada semua yang mengirim kad raya kepada saya. Saya masih belum membalas semua kad raya anda, saya akan membalasnya pada pertengahan Syawal nanti. Mahu tahu apa yang saya hantarkan kepada anda? Saksikan video ini. Terima kasey!

Dammit! Aku tahu aku makin tembam dalam video ini. Kerja keras lagi, Alif!





.

Friday, September 18, 2009

Hari raya untuk semua


Ini adalah video saya dan warga PTS mencari rumah fakir miskin dan orang kurang upaya di sekitar Kampung Selayang Baru bagi menghulurkan bantuan. Dalam kita bersuka, ingatlah insan yang berduka.

Weh, tahun ini aku beraya seorang diri di KL. :(

.

Thursday, September 17, 2009

Bekerjasama dengan 3 pengarah filem hebat!

Nazri M Anuar
Fazleena Hishamudin
Rozinor Razali

Kesemua mereka adalah pengarah filem pendek yang sangat dikenali ramai. Setahun aku menunggu untuk bekerjasama dengan mereka. Akhirnya, tercapai juga impian aku melalui filem 'My Perfect Ana', karya Nazri M Anuar.

Pengambaran yang berlangsung dari jam 2 petang sehingga 1 pagi itu menyebabkan air dalam badan aku tersejat dengan banyaknnya. Mana tidaknya, kipas terpaksa ditutup bagi mengelak bunyi angin masuk ke dalam audio, ditambah pula dengan bahang lampu video yang bersepah sana sini. Belum lagi cerita pasal angkat barang prop. Tidak sangka, walaupun pengambaran itu dilakukan pada bulan Ramadan, tetapi aku langsung tidak rasa lapar, sebab begitu seronok bekerja dalam kumpulan ini.

Nantikan cerita hebat karya Nazri M Anuar ini pada 31 Oktober 2009 di Rumah Pena nanti. Ikuti perkembangan terkini filem ini melalui blog pengarah filem ini, Encik NAzri M Anuar.

Terima kasih kepada semua yang banyak mengajar saya.


Sunday, September 13, 2009

Video: Kampung Boy di KLCC



Ketika berjalan di Suria KLCC, aku terkejut terlihat sesuatu sehingga menyebabkan aku jerit "wow! dengan spontan. Memang kuat jeritan itu, tetapi tiada seorang pun peduli dengan jeritan aku. Sebab,mereka pun sama seperti aku. Kagum dan teruja dengan replika Kampung Boy yang menjadi penyambut tetamu hari raya Suria KLCC.

Aku segera merakam replika itu tanpa menghiraukan yang sebenarnya aku sudah lewat menghadiri majlis sidang akhbar tayangan filem Papadom. Tatkala merakam, aku terserempak dengan ketua Sindiket Sol-Jah, iaitu Si Naga Naga. Aku menawarkan diri untuk merakam gambar dia bersama replika cantik itu dan dia juga teruja. Selepas sesi bergambar Si Naga selesai, aku meminta beliau merakam gambar aku pula. Semua orang di sekeliling aku pun sibuk merakam gambar replika cantik itu.

Suasana meriah, seperti hari raya di sana. Datanglah ke Suria KLCC sendiri bagi melihat kecantikan replika Kampung Boy. Semua kaum sukakan watak-watak Kampung Boy. Walaupun kita sedang ada masalah dengan Indonesia, aku sempat berbual ringkas dengan sepasang palancong dari Indonesia pasal Kampung Boy dan perbualan itu sangat mesra.

Inilah kehebatan kartunis Lat....

Friday, September 11, 2009

Macam manalah aku boleh terlupa promot video ini.



Video ini sedang mendapat perhatian hangat di forum pergh.com. Sudah 3 minggu video ini diterbitkan, baru sekarang aku nak promot di blog ini.

Ini adalah projek Komik-M. Sempena hari raya ini, komik-m menerbitkan 2 komik khas hari raya. Komik-komik ini boleh didapati di kedai buku terpilih mulai hari ini. Aku dan rakan-rakan baru packing dan pos komik-komik ini ke seluruh Malaysia.

Terima kasih pada Husna sebab sudi jadi pengacara paksa.

Thursday, September 10, 2009

Papadom - Filem Drama Komedi pertama Afdlin Shauki.

"Semua bangsa ada, banyak muhibbah. Kalau menteri tahu, you mesti dapat 'Tan Sri' tau!" kata Alan Tan dalam salah satu babak filem PAPADOM.

Ini adalah filem drama komedi pertama arahan Afdlin Shauki. Filem terbaik Malaysia 2009 ini menampilkan watak Afdlin yang berbeza daripada lakonan-lakonannya sebelum ini. Kali ini, beliau bukan sahaja buat penonton ketawa, malah buat penonton menangis dalam ketawa.

Ini bukan cerita kosong. Afdlin Shauki sudah naik ke satu tahap baru dalam dunia filemnya. Tabik hormat kepada genius filem, Afdlin Shauki. Semua orang mesti tonton filem hebat ini pada 8 Oktober 2009.

.

Wednesday, September 02, 2009

Bermimpilah....

Kita tidak kenal erti sempadan di situ.
Tiada peraturan yang harus diikut.
Bebas buat apa sahaja, tanpa fikir logik.
Ia boleh jadi neraka ataupun syurga.
Terpulang pada mimpi kamu.
Bermimpilah.... setiap perkara besar bermula daripada mimpi.

Sekarang aku sedang buat apa yang aku mimpikan sejak bertahun lalu. Aku mahu realisasikan mimpi aku menjadi nyata. Mungkin 'syurga' aku tidak sama dengan kamu semua, tetapi aku mahu berkongsi 'syurga' ini dengan kamu semua di alam nyata. Ya! Aku mahu luahkan semua mimpi aku ketika di sekolah rendah di sini, dengan penuh ikhlas dan jujur.....




Bermimpilah sebanyak mana, kerana mimpi itu percuma.

....