Assalamualaikum! Ini adalah tahun kedua saya melancarkan projek Kad Raya. Sekiranya tahun lepas ramai yang komen saya lambat melancarkan projek kad raya, jadi kali ini saya lancarkan lebih awal, iaitu pada 1 Ramadan. Tiada alasan lagi anda tidak mahu sertai projek ini kerana lambat dapat info.
Tujuannya mudah, saya mahu kita aktifkan kembali tradisi hantar kad raya secara tradisional. Pada masa sama, saya raikan tradisi kad raya ini dengan membaca semua kad raya dari youtubers dan blogers yang hantar kad raya kepada saya. Wah! Masa inilah nak berangan jadi pengacara TV di malam raya. Haha hehe hoho!
Kepada pengirim kad raya bertuah... ada hadiah istimewa untuk anda. Yang pasti, hadiah itu takkan ada di mana-mana kedai. Ekslusif! Kepada yang berani sertai projek kad raya ini, hantarkan kad raya anda ke....
ALIF YANG KACAK,
No 9-1 & 11-1,
Jalan Wangsa Setia 3,
Wangsa Melawati,
53300 Kuala Lumpur.
Jangan lupa beli dua buku yang saya sebutkan di video di atas, iaitu Komik-M Raya dan Remaja@PTSONE 2009. Kedua-dua buku itu ada kartun saya yang dibuat khas untuk bulan Ramadan. Selamat membaca!
Kepada yang masih memikirkan samada mahu sertai projek ini ataupun tidak, anda tontonlah video projek kad raya tahun lepas ini di sini.
Selamat berpuasa!








