Wednesday, July 29, 2009

Bukti aku datang dari masa hadapan!

Ini gambar Cicit Encik Bahrudin Bekri di Rumah Pena. Yang berada di belakang cicit Bahrudin Bekri itu adalah senarai Setiausaha Agung DBP. Aku berada di belakang kamera.

Ini adalah salah satu gambar yang berada di belakang Cicit Bahrudin Bekri. Bukti aku datang dari masa hadapan semakin hampir....

Jeng! Jeng! Jeng! Aku berada di tahun 20002! Sekarang, kamu boleh kagum dengan aku.





Monday, July 27, 2009

Disebalik Program Apa Ini?




Semasa muda, aku banyak buat kerja sambilan, antaranya adalah mengendalikan aktiviti melukis bersama kanak-kanak. Ketika itu, hampir setiap minggu aku buat kerja bersama kanak-kanak.
Dialog kegemaran aku ketika itu, "Ini adalah kartun berbentuk bulat, bagaimana pula rupa kartun yang berbentuk tiga segi, ya?"

Dialog itu sungguh membosankan.....

Suatu hari, aku mahu cuba sesuatu yang baru. Tanpa berbincang terlebih dahulu dengan bos ketika itu, aku secara tiba-tiba menawarkan diri mahu buat persembahan silap mata yang baru sahaja belajar seminggu lalu. Semua yang ada di situ terkejut dengan tindakan diluar dugaan aku itu. "Badut ini silap datang majlis ke?" kata penganjur program.

Aku buat tidak pandang penganjur yang sudah dari tadi membeliakkan mata. Budak-budak semua nampak blur dengan aku. Aku tahu, ketika itu aku berada dalam keadaan mencurigakan. Mahu ambil barang silap mata dari poket umpama aksi seorang pencuri mahu keluarkan pistol. Langsung tidak profesional. Semua magic aku tidak jadi. Percubaan pertama aku yang sangat teruk. Semua orang tidak tahu apa yang aku buat. Moral, jangan buat sesuatu tanpa latihan yang secukupnya.

Itu 3 tahun lalu....

Peristiwa di atas sudah banyak kali aku ceritakan pada rakan-rakan. Aku tidak malu, sebaliknya bangga kerana aku pernah gagal. Rasa gagal di atas pentas bukanlah sesuatu yang merugikan, sebaliknya ia adalah nikmat yang tidak semua orang boleh rasa. Umpama bersin di tempat awam, kita akan rasa malu kerana akan menjadi perhatian orang ramai, tetapi pada masa sama.... kita mendapat nikmat selepas bersin. Nikmat yang hanya orang yang merasainya sahaja yang tahu.

Baru-baru ini, aku diminta mempromosikan buku-buku aku di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Sepatutnya ianya hanya sesi tandatangan penulis biasa sahaja, tetapi dengan suka hati aku, keluarkan poster yang tertulis 'Program Apa Ini?' yang langsung tidak nampak seperti poster sesi tandatangan penulis. Poster itu aku keluarkan tanpa berbincang dengan penganjur mahupun bos aku. Masa aku buat poster itupun, aku tidak tahu apa yang aku buat. Tahu-tahu sahaja, poster itu sudah diupload ke facebook dan website.

"Kau mahu buat apa?" tanya rakan setugas.
"Kalau nak tahu, datanglah!" Kata aku dengan penuh yakin. Pada masa sama, kepala aku masih mencari idea, apa yang aku perlu buat pada program yang hanya seminggu lagi akan berlangsung. "Ah, belasah ajelah!"

Seperti 3 tahun lalu... rutin program ini dirancang kurang seminggu. Bezanya, kali ini aku tidak seorang, tetapi ditemani rakan-rakan. Mereka yang hebat itu adalah:
- Bahrudin Bekri ( pembaca puisi )
- Ismail ( ahli silap mata )
- Jamal ( haiwan sarkis )
- Husna Adnan ( mangsa )

Lihatlah video pembukaan program ini. Program ini secara keseluruhannya memakan satu jam lebih tanpa henti. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menegur aku.

Di sini aku mahu ucapkan terima kasih secara khas kepada Castelano dari Labuan, Sabah kerana sanggup terbang ke Shah Alam bagi menghadiri majlis yang dirancang kurang seminggu itu. Seronok berbual dengan encik.


Bahar, Alif dan Ismail! Jadi tumpuan pada semua pengunjung Plaza Alam Sentral pada hari itu. Terima kasih! ( gambar Ihsan Ismail )

Seperti biasa, aku tag team dengan Ismail di atas pentas. Sudah lama tak buat comeback. Ada la dalam setahun lebih. ( gambar Ihsan Castelano )

Dari kiri: Aku, Castelano (terbang dari Labuan semata-mata tengok kami ) , Bahrudin Bekri dan Ismail. Husna berada di belakang kamera. ( gambar Ihsan Castelano )

Castelano juga seorang pemuzik yang hebat!

Blog-blog yang menceritakan fasal program ini:


.

Monday, July 20, 2009

Apa ini?


Tarikh: 26 Julai 2009 (Ahad)
Masa: 4.30 petang
Tempat: Pentas Utama, Plaza Alam Sentral, Shah Alam

Rasanya, semua yang masuk blog ini sedia maklum siapa mamat yang mata terbeliak itu. Jadi, abaikan mamat itu keras begitu. Bagi yang masih belum kenal lelaki yang berbaju hitam itu pula, dia adalah penulis novel komedi paling hebat di Malaysia. Namanya, Bahruddin Bekri. Apa yang kami akan buat di sana nanti? Kau tak tahu? Aku pun tak tahu! Hua hua hua hua!

.

Sunday, July 19, 2009

Jalal dan Jalol - kau hensem



Si Jalal itu memang selalu silap sebut nama abangnya.


.

Wednesday, July 15, 2009

Siapa yang buat intro animasi filem SETEM?

Filem SETEM terlalu banyak hebatnya. Selain punya jalan cerita yang menarik, persembahan animasi di awal filem juga memukau penonton.

"Fadz, animasi filem ini cun lah! Standard Hollywood!" kata aku kepada pengkritik filem dari blog http://tontonfilem.blogspot.com/

Fadz hanya tersenyum mendengar komen aku yang bernada teruja itu. Mungkin senyuman itu sebab dia masih terbayangkan wajah Diana Daniel yang muncul pada penghujung filem SETEM.

Okey, animasi! KIta lupakan Diana Daniel itu seketika.... argghhh! Fokus! Fokus! Entri ini sepatutnya fasal animasi itu bukan fasal Diana Daniel. Animasi pembukaan filem ini sama macam dalam filem spiderman dari MARVEL COMICS. Ya, baru sebentar tadi Azhar, president pekomik memberitahu, animasi pembukaan filem ini dilukis oleh Chee, pekomik tempatan yang aktif di USA. Di bawah adalah contoh lukisan beliau. Patutlah hebat!

FILEM SETEM AKAN MUNCUL PADA 30 JULAI 2009!

Photobucket

FILEM SETEM AKAN MUNCUL PADA 30 JULAI 2009!

.

Bertemu Afdlin Shauki



Saya berpeluang menonton tayangan perdana filem SETEM dan terjumpa Afdlin Shauki. Beliau seorang yang hebat sehinggakan saya tidak boleh bercakap seperti biasa ketika bertemunya. Ini adalah pertemuan kali-3 kami dan dia masih ingat rupa saya. Malah, dia lah yang pertama menyapa saya. Katanya, "Macamana? Sihat? Alif, masih buat filem pendek lagi?"

Saksikan filem paling hebat tahun ini, SETEM di pawagam 30 Julai nanti. Ia sebuah cerita yang sangat menarik dan pantas. Lain daripada yang lain. Wajib tonton! Saya akan buat vlog khas fasal filem hebat ini nanti.


Sunday, July 12, 2009

Cinta Jarak Jauh



Selepas bekerja, aku mengambil kesempatan merakamkan lagu ini di pejabat. Lagu khas untuk orang yang bercinta jarak jauh seperti aku. Hahaha ( gelak itu sekadar penyedap hati ). Marikah kita sama-sama menikmati rasa cinta yang besar, iaitu rindu!



Saturday, July 11, 2009

Adakah ini gambar terakhir kami?


Sebuah bahasa itu takkan mati sekiranya ia sentiasa ada transformasi. Kalau dalam perniagaan, itu adalah perkara yang mesti! Sekali sekala, logo syarikat itu juga mesti diberi nafas baru walau sudah digunakan beberapa tahun. Itulah yang kita panggil 'evolusi'. Alam sudah mengajar kita supaya berevolusi untuk survive. Kalau kamu perasan, sibut babi zaman kini lebih kecil berbanding versi zaman dinosour, bukan kerana ia makin mundur, tetapi makin maju. Buktinya, siput babi hari ini lebih pantas berbanding dahulu.... selari dengan perkembangan teknologi manusia hari ini.

Namun, ada juga evolusi yang membunuh diri. Lihat sahaja syarikat minyak BP yang berubah brand kepada BHP. Evolusi mendadak itu menyebabkan kompeni itu gagal teruk.

Aku? Aku juga sedang menjalani proses itu. Aku akan berpindah tempat kerja kurang dari sebulan ketika entri ini ditulis. Itulah evolusi aku. Aku harapkan ini sesuatu yang maju bagi diri aku.

Aku sudah bersedia untuk gagal ataupun berjaya. Aku yakin, evolusi yang menjadi, adalah evolusi yang realistik dan teratur. Terima kasih kepada rakan yang pernah dan sedang bekerja dengan aku ketika ini.... PTS ONE Sdn. Bhd. tetap di hati.






Saturday, July 04, 2009

Syem dan alif tribute kepada Michael Jackson!



Michael Jackson bukan sahaja King of Pop, tetapi dia jua King of Entertainer. Ramai orang kenal dia sebagai penyanyi, komposer, penari dan pelakon. Namun tidak ramai mengetahui, dia juga seorang magician. Beliau seorang yang kreatif dan agresif. Saya dan Syem Raja Lawak 3 bergabung buat pertama kali selepas 3 tahun menjadi kenalan. Semua ini kerana mahu buat video tribute khas kepada King of Entertainer, Michael Jackson.