Tahniah! Pagi tadi, ada orang itu lulus ujian memandu. Aku orang yang paling gembira kerana selepas ini, bolehlah aku merasa jadi bos, duduk di kerusi belakang.
Buku ini aku buat selepas waktu kerja dan makan masa hampir sejam bagi menyiapkannya. Sudah lama mahu membuat buku DIY sebagai hadiah, baru hari ini terlaksana. Ini sebagai membalas buku DIY dari dia sebelum ini. Cubalah... nyata berbeza... harga tidak terhingga.

























