Monday, March 30, 2009

Aku menang video award dan emak aku tidak tahu



Dalam keadaan kalut itu, aku terima berita gembira. Aku menerima 2 panggilan telefon. Maka, kelam kabutlah aku menjawab panggilan telefon itu dengan tangan pegang itu dan ini.

Panggilan telefon pertama.
Aku diberitahu, aku menang tempat ke-2 dalam pertandingan video, mylife my way. Pertandingan itu menawarkan posisi pembantu pengarah bagi mengendalikan sebuah video klip. Sayangnya, habuan itu hanya untuk pemenang tempat pertama. Tetapi kan... aku adalah Melayu pertama yang menang pertandingan ini.... errr itu boleh dikira pemenang pertama tak? Memandangkan aku hanya dapat tempat ke-2, aku hanya menang trofi dan wang tunai ( bolehlah simpan untuk kahwin aku pula ).

Panggilan telefon Kedua.
Ada seorang kakak cun telefon. Mulanya aku blur... rupa-rupanya Fazleena Hishamudin yang call. Faz ini seorang pengarah filem pendek yang popular di Malaysia! Hot kakak ini! Mestilah lelaki naif macam aku blur apabila dengar suara dia dalam telefon. Rupa-rupanya Faz ini kerja di lemon9. Lemon9 adalah website yang menawarkan ganjaran berupa US Dolar kepada pembuat video yang berjaya peroleh undian terbanyak. Undian diberi oleh pengunjung web lemon9.com. Konsepnya sangat cool dan mengingatkan aku kepada mula-mula youtube.com dibina. Bagi yang ini, aku dapat tempat ketiga dengan 817 undian. Pertandingan ini dilakukan setiap bulan.

Terima kasih semua! Kegembiraan aku berganda sepanjang minggu lalu.

Aku pakai baju ini ketika membuat rewang kenduri. Orang kampung aku panggil aku Tuan Director. Tok Imam dan Ketua Kampung pun panggil aku begitu. Hahahaha!

Friday, March 27, 2009

Kartun lama dimakan arus ( oh tidak! )


Siapa pernah jumpa seorang budak lelaki yang hodoh tetapi berlagak seperti orang dewasa. Ayahnya sendiri segan pada telatah anaknya. Itulah... Little Ugly. Watak kartun ciptaan aku yang paling terkesan dalam hidup aku. Pelbagai produk aku pernah buat untuk watak ini. fanzine underground, animasi dan kemudian diterbitkan di umbra comix dan diedarkan ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Ramai kenalan yang mengikuti perkembangan watak ini lebih sukakan Little Ugly berbanding Komik Orang Kuat aku. Kemashuran Little Ugly ketika zaman kegemilangan underground membayangi nama aku sebagai pelukis kartun. Sehingga sekarang, aku masih menerima email dan surat yang menganggap aku sebagai pelukis komik fotostat.

Seperti kita lihat bisnes surat khabar dicantas oleh web berita. Komik fotostat juga akan ditelan e-comic. Aku tidak mahu terus digelar pelukis komik fotostat lagi. Aku mahu buat e-comic underground pula dan digelar pelukis e-comic pula. Baru lah up-to-date! :P

Jadi... untuk tahun ini, aku akan terbitkan e-comic Little Ugly di blog cartoonrama.blogspot.com. Tunggu sahaja ya!

Photobucket
GAMBAR: Little Ugly pernah diterbitkan dalam animasi yang memakan masa hampir 20 minit tayangan.

Photobucket
GAMBAR: VCD sktesa memuatkan watak Little Ugly yang hanya menayangkan beberapa saat imej Little Ugly.


GAMBAR: Poster Littlke Ugly di sebuah banggunan kerajaan pada tahun 2002. Di bawah pula adalah sedutan animasi Little Ugly.

Tuesday, March 24, 2009

Jemputan ke majlis perkahwinan

Photobucket
Hebat tak aku apabila ada polis datang rumah aku dan aku tidak perlu panggil dia 'datok' ataupun 'encik'. Aku hanya panggil, 'kau' sahaja. 

Umur polis itu pula lebih tua bertahun-tahun daripada umur aku, dan aku membiarkan dia panggil aku, 'abang'. 

Ya, polis itu juga adalah orang kepercayaan Sultan Mizan Zainal Abidin (Raja Malaysia ketika ini). Namanya adalah Soffi, bakal adik ipar aku.

Datanglah ke majlis perkahwinan adik aku, NorSazeila Azis, pada 29 March 2009 ( Ahad ). Ini alamat rumah aku:

No.18, Jalan PJS 6/4C,
Kampung Lindungan,
46000, Petaling Jaya, Selangor.

Datang! Jangan tak datang!

Sunday, March 22, 2009

Mengacara majlis promosi

Photobucket
Semalam aku jadi pengacara bagi suatu majlis promosi di kedai buku. Tugas aku, menghangatkan promosi novel terbitan syarikat aku berkerja.

Maka aku pun bersuara melalui pembesar suara mudah alih. "Hai! Marilah berhibur bersama penulis-penulis remaja yang Hot!"

Maka, berkumpullah beberapa manusia di hadapan aku. Aku gembira panggilan aku menjadi. Pada masa sama, sedikit gementar. Wajah mereka seperti memberitahu, "hah! Cepatlah hiburkan kami!"

Maka aku pun terus berkata, "inilah penulis-penulis kami yang hot itu!" Aku tunjuk ke arah 2 penulis perempuan. Natasya Effyzal dan Aizam Aiman.

.................
.................
................


Kemudian, seorang krew promosi bisik pada aku. "Aku rasalah kan... kau lebih hot berbanding penulis-penulis ini."

Aku terdiam, tetapi mulut aku masih tersenyum. Senyuman sebagai seorang pengacara majlis.

Krew promosi itu terus berbisik, "sebab mereka tidak berpeluh. Hanya kau sahaja yang berpeluh, kiranya kau lebih hot lah!

Saturday, March 14, 2009

Barry dan Stuart bertemu Hantu Silap Mata




Sudah lama aku tidak memainkan watak Hantu Silap Mata di youtube. Mungkin ramai sudah lupa... aku seorang Fake Magician! Ya... aku kelihatan gembira apabila mereka menganggap aku juga seorang magician. Yang peliknya, aku langsung tidak tunjuk skill magic aku pada mereka. Ya, aku buat mereka suprise tanpa perlu buat silap mata. Mahu tahu caranya? Tontonlah vlog di atas.


Berikut adalah fakta unik fasal mereka berdua.

Barry (yang tinggi itu)
- Dia sangat gemarkan roti canai dan murtabak! Gaya dia sebut murtabak ada style!
- Dia makan durian... dan akhirnya menyesal. :P
- Walaupun di atas pentas dia nakal, tetapi sebenarnya dia sangat skema dan nerd.  (Suprise huh!)
- Barry kagum dengan rakyat Malaysia yang banyak taruk susu dalam minuman ( teh tarik, sirap bandung, ABC )
- Dia suka baju logo aku.

Stuart (yang rendah itu)
- Dia ada infection mata dan perlu guna ubat mata mengikut waktu berkala. Ini semua sebab trick kaca masuk dalam mata yang selalu dilakukannya ketika persembahan.
- Dia memandu di Malaysia.
- Seorang yang sangat peramah dan lebih nakal berbanding Barry. Walaupun di atas pentas... dia nampak skema dan nerd. Terbalik pulak.
- Dia langsung tidak boleh bau durian.
- Dia makan tidak banyak berbanding Barry yang lebih kuat makan.
- Kagum dengan aku yang boleh makan pedas.

Thursday, March 12, 2009

Misteri Pulau Pangkor Kini Terbongkar



Ini adalah dokumentari bajet rendah yang menggunakan kamera kompak memori rendah tetapi lasak! Ada beberapa perkara baru yang menarik dapat dilihat dalam video ini. Mahu tahu apakah misteri yang saya bongkarkan?

Trivia 1
Anak sotong spesis kurita ada di persisir pantai pangkor. Penduduk tempatan sendiri tidak pernah jumpa spesis ini di tepi pantai. Tetapi saya bertuah kerana terjumpa spesis ini di atas darat. Hati-hati! Sotong ini boleh tembak muka kamu dengan dakwat hitam!

Trivia 2
Ada batu gergasi menyerupai ikan paus di sana. Siap ada simulasi pancutan air keluar dari ikan paus lagi. Dapat bayangkan? Sekiranya tidak, tontonlah video ini.

Trivia 3
Ada aktiviti jungle tracking di sana. Boleh buat barbequ di tepi sungai. Ya... pasti yang pernah ke Pulau Pangkor sebelum ini tidak percaya di sana ada sungai. Lihat video ini, kamu akan percaya.

Trivia 4
Burung Enggang dan helang putih nampak gah di sana. Semasa rakaman dibuat, burung Enggang ini mampu berinteraksi dengan manusia.

TRIVIA 5!
Apa? Tidak cukup misteri? Kalau mahu tahu misteri lain yang lebih besar, tontonlah video ini! ZOOM MALAYSIA!

Saturday, March 07, 2009

Bergambar dengan kumpulan SEPAH Raja Lawak

Photobucket
Nampaknya, pepatah Habis madu, sepah dibuang tidak relevan lagi. Kita kena ubah kepada...Habis madu, Sepah di Raja Lawak! 

Baru tonton persembahan lawak Kumpulan Sepah di TV. Mereka memang layak digelar juara Raja Lawak. Punyalah aku minat dengan gaya Bujang Lapok Moden ini, aku pun bergambarlah dengan mereka. Inilah gambarnya. Hehehe! Untung jadi kartun, semua tempat boleh interframe.


Wednesday, March 04, 2009

Mengapa meja aku banyak mainan?

Photobucket
Walaupun kartun itu karut. Dipukul dan ditembak berkali-kali tidak mati. Tetapi dalam kekarutan itu terselit satu protokol orang hebat. Ia tidak kenal erti putus asa. Walau dilenyek kereta, mereka tetap bangun. Dihempap gajah pun, mereka masih mahu bangun! Malah, mereka bangun dengan penuh bergaya lagi!

Jadi... sebab itulah di meja aku banyak benda mainan berasaskan watak kartun. Itu kira motivasi akulah itu! 

Sunday, March 01, 2009

Sepupu aku yang hebat

Photobucket 
Petang tadi aku pulang ke kampung. Aku terserempak dengan sepupu aku yang sudah lama tidak jumpa. Maklumlah, dia ini sibuk mengalahkan Menteri Luar Negeri. Asyik merayap sahaja kerjanya.

Sepupu aku tersengih melihat aku. "Alif, kau tulis novel lagi kan?"
Aku mengiyakan pertanyaannya itu sambil mempromosikan novel terbaru aku, ALAN ALONE.
Sepupu aku tersenyum melihat aku. "Tahniah! Kau tahu? Aku pun selalu menulis dan membaca. Aku menulis dan membaca setiap hari sehingga lewat malam."
Aku melopong mulut. "Kau pun mahu menulis novel jugakah?"
"Oh tidak! Sebenarnya aku hanya menulis dan membaca SMS."