Sunday, February 22, 2009

Adakah KL itu Kuala Lumpur?

Photobucket

Hari ini aku ke mesyuarat Persatuan Pelukis Komik Malaysia ( PEKOMIK ) yang diadakan di tengah Kuala Lumpur ataupun singkatannya, KL!

Aku merancang ke tempat mesyuarat dengan menaiki kenderaan awam kerana mahu elak kesesakan di jalan raya. Tetapi, kenderaan awam yang aku naiki itu pun berlaku kesesakan... sesak dengan manusia. Benar kata orang, KL itu bukan lagi Kuala Lumpur, tetapi KL itu adalah Kesesakan Lalulintas!

Friday, February 20, 2009

Cabaran di hari Jumaat

Solat Jumaat hari ini agak mencabar. 
Aku duduk di saf hadapan dan bertentangan dengan kipas elektrik.
Tiupan angin yang kuat daripada kipas itu agak mencabar. Memaksa aku menahan angin yang kuat itu daripada meniup kelopak mata aku daripada tertidur ketika khutbah. Seperti yang aku katakan, ia agak mencabar dan aku tewas dengan cabaran itu. Adus!

Aku belum tua sangat

Photobucket
Hari ini, budak opis yang baru masuk, panggil aku abang dan aku rasa diri aku makin tua. Rekod aku sebagai pekerja paling muda di pejabat sudah hancur!

"Terima kasih ABANG ALIF!" kata dia.
Bagi sedapkan hati, aku menjawab, "terima kasih kerana sudi terima aku SEBAGAI 'ABANG IPAR' KAU!"

Sunday, February 15, 2009

Dahulu dan sekarang

Ini adalah Vblog yang bertajuk dahulu dan sekarang. Sekiranya kamu selalu kata pada kawan, "kau ingat aku takut?" Haaa... buktikanlah pada dunia hari ini. Buatlah satu entri ataupun Vblog dan tunjuk gambar kamu semasa kecil dan sekarang.

Wednesday, February 11, 2009

Maskara 13 - Di sebalik tabir

Sabtu lepas aku ke Maskara13, Maskara 13 bukan alat bersolek ya, Cik Sna La La. Ia adalah tempat artis pentas persembahkan ekspresi mereka di atas pentas yang comel.

Aku datang bersama Ismail yang makin hari makin jiwang itu. Dalam perjalanan itu, dia sibuk cerita fasal show silap matanya baru-baru ini. Ada orang marah dan minta dia hentikan show itu kerana ada unsur mudarat. Orang itu fikir silap mata adalah sihir. Ada juga orang sebegitu dalam zaman facebook ini. Cerita Ismail itu diceritakan dengan penuh ceria.

Ketika seronok membuat pelbagai spekulasi fasal orang anti silap mata, kami pun sampai ke Rumah Pena. Tempat berlangsungnya Maskara 13. Kami tiba awal 2 jam dan membuat keputusan main kejar-kejar menangkap tupai di kawasan sekitar bagi mengisi masa lapang.

Kemudian Ujang sampai. Sempat juga cerita fasal ikan toman dengan Kartunis Ujang walaupun aku banyak lari fakta. Aku sendiri tak faham apa aku cakap. Sebelum aku digelakkan Ujang, aku dengan lateral thinking-nya beralih topik dengan membuat sesi bergambar pula. Lihat, inilah gambar yang selamatkan aku.

Photobucket

Bak kata, perjalanan hidup aku hari itu sangat lancar dan gembira. Kemudian Mat Jan pun muncul. Pengantin baru itu tersengih. Dengan gaya orang eksyen dapat bini, dia datang dekat pada aku. Apahal pulak mamat Hip Hop ini datang pada aku aku?

Mat Jan kata, "Hang tak sesat pula datang sini, hari ni."

oooo sebab itulah aku rasa dunia hari itu sangat lancar.

Friday, February 06, 2009

Novel saya, ALAN ALONE

Hai kawan-kawan, cuaca hari ini baik, kan? Apabila cuaca baik dan nyaman, macam-macam kita boleh buat. Apatah lagi membaca novel. Kali ini kami mahu berkongsi *nomik baru dari Alif Firdaus Azis. tajuknya, ALAN ALONE. Nomik pertama tahun 2009!

Photobucket

Ia menceritakan kisah budak kecil bernama ALAN yang ditinggalkan seorang diri di tengah bandar. Oh... dia bukan seorang, sebenarnya dia juga ditemani sebuah robot comel. Macam-macam perkara mereka jumpa sepanjang dugaan itu. Rasailah pengalaman menarik mereka dalam bentuk komik dan tulisan dalam *nomik, ALAN ALONE.

Sementara itu, mari kita lihat preview ringkas nomik ini.

Photobucket
ALAN dan robot permainannya tercengang kerana ditinggalkan seorang diri di tengah bandar. Kasihan dia....

Photobucket
Haaa... yang pakai cermin mata itu ayah Alan. Yang budak kecil berjambul itulah hero kita, ALAN.


Photobucket
Inilah tempat penulis mengedit komik.

Jadi, apa lagi? Jangan ketinggalan dapatkan *nomik ALAN ALONE pada pertengahan Februari nanti. Video iklan akan muncul tidak lama lagi. :)


*nomik = novel dan komik dalam satu buku.

Tuesday, February 03, 2009

Sudah setahun dia pergi

3 Februari 2008, arwah pulang ke rahmatullah.
Sahabat baik yang membawa banyak perubahan dalam hidup aku. Aku kenang sampai bila-bila. Buat, Allahyarham Ahmad Zafran... Al-Fatihah!

Photobucket
Arwah tersengih tengok aku pegang gitar tak betul. :P