Aku lebih suka menonton video-video pelik di youtube berbanding tonton rancangan TV. Mungkin sebab pengaruh ini orang kata aku manusia pelik. Salah satu genre video faveret aku di youtube adalah Vblog.
Vblog ini evolusi daripada blog ( yang macam aku buat sekarang inilah ). Vblog ini blog versi video. Dari bayi comel, hinggalah ke ahli politik dan kerabat diraja. Semua main Vblog. Ia seronok tetapi masih belum popular di kalangan orang kita.
Apa lagi? Marilah join Vblog! Pasti menyihatkan!
Wednesday, January 28, 2009
Monday, January 26, 2009
Aku curang?
Setiap hari aku terima email daripada dia.
Bukan YM ya, tetapi email!
Aku rasa seronok setiap kali terima email daripada dia.
Sehari tak terima email darinya, tak lengkap hidup aku.
Sudah 3 tahun kami begini.
Cuma kali ini aku rasa tak selesa.
Terlalu ketagihkan email dia.
Adakah aku sudah curang dengan Shida?
Oh tidak! Sebab ia hanyalah email robot....
yang hantar laporan akaun youtube aku setiap masa.

Wednesday, January 21, 2009
Kongsi rahsia
Aku tidak tahu nak cakap macam mana, sepatutnya benda ini rahsia, tetapi hati aku tak tahan mahu kongsikan pada kau semua. Tangan aku sejuk, kalau taruk gula, mesti rasa macam aiskrim. Jantung aku jangan ceritalah. Degupannya mengalahkan cina menang nombor.
Errr... Aku... aaa... rupa-rupanya ada stesen tv usya aku. Semuanya bermula daripada kontroversi awal tahun 2009. Ia terus berjangkit dengan benda-benda lain yang aku buat sebelum ini.
Okey! Okey! Cukup! Aku tidak mahu cerita lebih. Nanti, aku cerita lain ya. I love u!

Monday, January 19, 2009
Zombie di kedai buku
Selepas pulang dari kelas di Subang Parade, aku mengambil peluang lepak di MPH Bookstore. Ya, sekiranya kau nampak lelaki terhuyung hayang bawa beg galas di sekitar Subang Parade malam tadi, itu adalah aku.
Aku keletihan dan mahu cari sesuatu yang mengembirakan. Jadi, aku terus ke bahagian buku humor. Selepas 10 minit lepak di bahagian itu, ia masih tidak gembirakan aku.
Jadi, aku beralih ke bahagian majalah pula. Aku pusing-pusing area sempit itu bersama beg galas aku yang besar ( ya, aku tidak mahu mengaku badan aku salah satu faktor tempat itu jadi sempit, itu salah beg aku! ). Ingat ya! Masa itu aku masih jalan terhuyung hayang. Semua majalah tidak menarik perhatian aku. Kalau ada yang menarik pun, ada orang sedang lepak baca majalah free di situ. Bosan betul hidup mereka, baca majalah free waktu malam, waktu orang sedang seronok tengok tv kat rumah, mereka baca majalah di kedai pula.... ( Aku tidak termasuk ya, aku cuma kadang-kadang aje ). Ketika aku hampir bosan, aku terjumpa sesuatu, aku jumpa….
Sebuah majalah ekslusif! Aku tidak pernah jumpa majalah seumpama itu sepanjang hidup aku. Di hadapannya tertulis, ‘first time in history!’ Wow! Aku leka membaca majalah itu selama 30 minit sehinggakan aku lupa, sebenarnya aku berada dalam keadaan letih amat sangat.
Majalah itu mengimbau kembali detik manis aku ketika remaja…. Aku tidak cukup duit nak beli tadi. Esok aku mahu beli salinan majalah itu. Malam ini gerenti aku tidak boleh tidur lena walaupun aku sedang letih.
Adakah malam ini aku akan jadi zombie?
.

Sunday, January 18, 2009
Dapat email daripada youtube lagi
Termasuk kali ini, sudah 3 kali aku terima email daripada youtube.
Pertama dahulu, aku diberi amaran sebab buat spoof futurama dalam akaun youtube. Kemudian diberi amaran keras sebab guna lagu Beck Guerilito. Hari ini, aku hampir disuspended sebab guna lagu The Academy is dalam filem pendek aku, Hantu Silap Mata. Lagu The Academy Is hanya keluar pada pertengahan video itu. Mereka perlu menontonnya selama 8 minit bagi mengetahui kewujudan lagu itu di situ.
Tahniah buat diri aku! Walaupun video aku dalam Bahasa Melayu, tetapi orang putih terhibur tengok video aku sampai habis.
Sebagai tanda protes, aku upload video yang menggunakan lagu sendiri. Ya, betul kata SnaBored|nG ( kenapa nama ID kau susah sangat nak sebut, cik adik oi! ). Selepas ini, kita perlu nyanyi lagu sendiri. huuuu
p/s: t shirt kartun itu sebenarnya real. Tak percaya? KLIK SINI!

Friday, January 16, 2009
Aku dah cakap dah... kau tak percaya.
Dahulu, mereka gelakkan aku.
"Israel mesti kalah punya.... sebelum kiamat!" Itu kata aku.
Mereka gelakkan aku, sampai terkeluar perkataan 'bodoh' ditujukan pada aku.
Aku pun lawanlah balik cakap mereka. "Betullah! Nanti umat Islam pasti bunuh semua Israel. Zaman kegemilangan Islam akan kembali selama 100 tahun lamanya!" Nada suara aku lantang.
Itupun mereka gelakkan aku. Tawa itu terus tenggelamkan hujah aku yang seterusnya.
Hari ini, ada tazkirah di tempat kerja aku.
"Israel akan dibunuh oleh semua negara Islam dan Islam akan menang!" Itu bukan kata aku. Itu kata ustaz opis aku yang gagah lagi macho. Aku panggil dia, Abang Im.
Mereka tidak gelakkan Abang Im pula. Padahal ayatnya lebih kurang sama dengan aku cakap dahulu.
Cis! Ini tidak adil! Tetapi takpa, akhirnya aku tak perlu rasa bodoh sebab kata aku itu disokong oleh Abang Im.
Sekarang, aku nak tambah pula.
"Nanti dunia akan melihat zaman kegemilangan Islam. Kiamat akan berlaku 100 tahun kemudiannya, ketika umat Islam alpha dengan kemajuan dan cintakan dunia. "
Please... tolong jangan gelakkan aku kerana ayat itu. Terutamanya perkataan bodoh itu.

Wednesday, January 14, 2009
Kena marah dengan jiran
Sebelum itu, biar aku ceritakan suasana di kawasan perumahan aku.
Aku duduk di rumah teres. Kiri dan kanan dihuni oleh kaum India. Depan rumah pula dihuni oleh Melayu Singapore. Belakang rumah pula berjiran dengan Melayu Jawa. Tepi sikit, ada famili Cina yang pendiam. Kalau lagi tepi, famili Indon yang mewah dengen kereta sport. Suasana taman perumahan aku sangat sentosa.
Tidak seperti tipikal penduduk bandar, jiran-jiran aku semuanya peramah. Kalau lupa tutup pagar rumah, mereka akan tutupkan. Kalau hari hujan dan kita tiada di rumah, mereka akan tolong angkatkan kain jemuran.
Budaya cubit anak jiran yang nakal masih wujud di kawasan perumahan aku. Tetapi aku jenis yang disukai budak-budak, aku tak perlu cubit-cubit tu semua. kalau aku marah dengan mereka, aku hanya perlu pandang sahaja. Pasti budak-budak lari. Hahahaha power tak aku?
Cubit peha kanan, peha kiri terasa sakit. Pernah sekali jiran aku pinjam wang dari ah long bukit beruntung! Semua jiran dapat surut ugutan dari ah long. Tak fasal-fasal terpaksalah kami semua settle-kan masalah jiran yang trouble maker ini.
Kami semua baik kan? Kami memang harmoni.
Malam tadi, giliran aku menjadi trouble maker pula. Alarm kereta aku memekak tanpa henti. Kelam kabut aku dibuatnya sehingga habis semua wayar enjin aku cabut. Selama 15 minit itu, aku menjadi bahan pertunjukan jiran-jiran aku. Emak aku sudah bising-bising, sebab ganggu jiran.
Mujur jiran aku baik-baik. Mereka pun tolong... tolong bising-bising, sertai team emak aku.

Sunday, January 11, 2009
Aku suka Syem
Kamu semua perasan? Watak Syem semalam sangat cool. Watak itu boleh diketengahkan bagi dikomersialkan. Aku dapat bayangkan watak itu sebagai gabungan karekter two face dan joker ( Combined ). Ini adalah video tribute untuk Syem!
Sunday, January 04, 2009
Trailer: ALAN ALONE
Saturday, January 03, 2009
Aku di Raja Lawak

Raja Lawak 3: Episod 1 (2 Januari 2009)
Selepas tengok kembali rancangan Raja Lawak 3 episod 1, aku rasa malu siot!
Hahahahaha padan muka aku!
Bukan senang dapat peluang masuk tv begitu. Sekali seumur hidup. Jadi, aku mahu enjoy puas-puas. Memang, sekarang ramai nampak aku seperti mat poyo di situ. Suatu masa nanti, benda ini akan jadi bahan cerita lucu 'atuk'.. kehkehkeh

Subscribe to:
Posts (Atom)