Wednesday, May 21, 2008

Komik Superhero makin banyak

Selepas melihat poster teaser komik cicakman, aku terfikir, adakah komik superhero menjadi trend suasana pasaran komik tempatan sekarang? Macam baru sahaja peminat komik tempatan dikejutkan dengan kehadiran komik superhero KecemprengMan dan Liga Pendekar, komik terbitan PTS. Kini muncul pula komik Cicakman. Wah! Selepas ini superhero apa pula yang akan muncul ya?

Pepatah mengatakan, sekiranya terlalu ramai orang memakai baju hitam, lebih elok kita memakai baju warna putih. Jadi, terdetik pula... adakah aku perlu teruskan komik superhero Orang Kuat dalam suasana kemunculan komik superhero yang banyak. Lantaran itu, aku terus teringkat karya aku yang lain, Little Ugly. Kisah budak-budak yang perasan dirinya besar. Sebelum ini pernah muncul di pasaran 'bawah tanah' dan sempat tersiar di Umbra Comix selama 8 keluaran. Sebenarnya, aku lebih enjoy melukis cerita yang satu ini.

Sudah 3-4 tahun aku tinggalkan watak Little Ugly itu. Dalam tempoh itu, watak Orang Kuat menjadi penghibur pembaca komik aku (kalau tak menghiburkan pun, aku tak kira, nak syok sendiri juga). Sekiranya aku tinggalkan komik Orang Kuat, kemungkinan kepercayaan pembaca aku akan hilang. Sekiranya aku terus meninggalkan Little Ugly pula, aku mungkin tidak dapat menonjol kerana keputusan itu seumpama aku memakai baju 'hitam' seperti orang lain dan aku tidak dapat menonjolkan diri dengan cara itu. Maka, aku perlu memakai baju warna putih, merah, kuning ataupun coklat bagi nampak lain dan senjata aku itu itu adalah, Little Ugly. Ah... semuanya kerana kemunculan superhero yang terlalu banyak secara mendadak.

Little Ugly dirasakan suasana cerita yang agak berlainan berbanding kebanyakan komik tempatan sedia ada. Aku fikir, kita tidak perlukan sesuatu yang grand dan bombastik untuk dikenali. Cukup sekadar kita tampil sesuatu yang berlainan, walaupun tampak serdehana.

Sebentar! Orang Kuat juga sebenarnya begitu! Ia juga sebuah komik yang unik. Seriusly, aku pernah memasang impian komik Orang Kuat ini difilemkan. Skrip Orang Kuat masih banyak lagi yang aku belum terjemahkan. Apapun aku cakap, semuanya takkan bermakna sekiranya aku terus bermalas-malas dan asyik banyak cakap sahaja. Malas bukanlah sifat Orang Kaya Wannabe. Banyak cakap? Ooo... itu sifat orang Politik Wannabe ( anda pun mengangguk angguk ).
Photobucket
Nota: Gambar pertama dan kedua adalah gambar Orang Kuat. Gambar ketiga, adalah gambar Little Ugly dan rakan-rakan. Semuanya adalah anti rokok. :)

6 comments:

jeanbara said...

Assalamualaikum,
Alif,
Kebetulan terjumpa blog awak. Lama tak dengar cerita dan ternyata awak jauh bertambah hebat. Badan pun bertambah...he3x.

Apa pun tahniah. Saya sekadar bertanya khabar. Sekarang dah tukar bidang. Dah menjadi 'pemain api'.

Moga terus sukses.

Adi Alhadi

Kalamtimur said...

Pohpaloh weih!

Assalamualaikum wbt.
Hebat sekali, penulis Gila-Gila datang menjenguk. Pakcik telah lama mengharapkan Orang Kuat, Little Ugly dan Megi Itik disambungkan. Semacam ada kekosongan setelah penulis dan pelukisnya beralih bidang.

Kalamtimur said...

Pohpaloh weih!

Assalamualaikum wbt.
Hebat sekali, penulis Gila-Gila datang menjenguk. Pakcik telah lama mengharapkan Orang Kuat, Little Ugly dan Megi Itik disambungkan. Semacam ada kekosongan setelah penulis dan pelukisnya beralih bidang.

Anonymous said...

alif...ko bakal menggegarkan dunia...
Chaiyo2.

akabane said...

alif aku ade beli orang kuat ko tu.
ade sambungan lg x?

meo188 said...

dh lame tak dpat baca komik baru en alif idol. kasihan kpd para peminat setia