Wednesday, May 14, 2008

Aku juga mahu buat projek ala-ala Afdlin Shauki

Aku di Rumah Pena. Sesiapa yang tahu siapa yang ambil gambar ini, beritahu aku ya.

Selepas beberapa tahun aku bikin blog, aku mula fikir, mahu serius jadikan blog ini sebagai anak syarikat yang mampu mengaut keuntungan berbentuk wang bagi menyempurnakan cita-cita aku memiliki helikopter Rusia model terbaru. Mulanya bercadang mahu jual perkhidmatan 'urut badan' macam Sufiah Yusof. Tetapi emak aku tidak suka buat begitu. Nanti emak aku marah.

Kemudian, aku letaklah iklan novel aku. Haaa... itu senang. Maka, hasilnya, kawan-kawan boleh nampak iklan novel-novel aku di blog ini. Cuma, sebagai pemilik syarikat ini, adakah ia cukup?

Maka, aku letaklah gambar aku pakai baju superman sambil pegang mikrofon di tepi blog ini. Manalah tahu sekiranya ada orang mahu ambil aku jadi penghibur di show makan malam. Setakat ini, fungsinya masih belum kelihatan. Mungkin modal baju Superman aku itu sudah tidak laku kerana sudah diambil alih oleh Encik Faizal Tahir.

Selepas itu, aku sewakan tapak blog ini bagi iklan nuffnang dan advertles. Sekiranya kawan-kawan terserempak iklan jual burger, road tag, wayang.... ha... itu cubaan aku bagi merealisasikan impian aku. Setakat ini, hanya yang ini sahaja yang nampak hasilnya. Selain boleh mengesan siapa yang mengunjung blog, aku juga sudah ada RM0.062 dalam akaun iklan aku itu. Hahahaha!

Ya! Selepas ini aku merancang nak jual album aku pula. Ya, aku nak jual album seperti Afdlin Shauki. Tajuk album aku itu, Lagu Orang Bujang. Memuatkan 5 lagu ciptaan sendiri dan satu lagu khas. Manalah tahu, untung badan, dapatlah jadi pengacara AIM pula. Hahahaha! Saiz badan pun sudah hampir matching.


2 comments:

Anonymous said...

apa kata ko berkolaborasi ngan shauki...

alifstyle said...

That's my dream! Tapi layak kerrrrr? :P