Aku tahu fasal Baik Punya Cilok semasa Apai karangkraf bagi aku kalendar kecik yang ada gambar empat Ninja Turtles Malaysia. Siapa lagi kalau bukan Afdlin, Hans, Awie dan AC Mizal. Masa itu aku fikir ini cerita samseng kelakar. Rupanya kisah perompak amatur yang nak curi keronsang. Tidak lari jauh daripada apa yang dijangkakan. Kiranya gambar kalendar yang sebesar tiket parking itu berjaya. Berjaya menyampaikan tema cerita itu dan berjaya mendorong aku menontonnya.Aku baru sahaja beli DVD original Baik Punya Cilok. Walau sudah agak terlambat, tetapi okey la. Daripada tidak simpan langsung. Melengkapkan koleksi DVD Afdlin yang lain. Sekarang tunggu Filem Los dan Faun pula.
Pada handphone aku ada nombor telefon Afdlin Shauki. Jangan jeles! Tetapi aku tidak berani kacau dia. Gemuruh beb!

Ini berita hari sabtu lepas. Terima kasih pada Kak Kusyi Hirdan dan Abang Zul kerana menjemput saya menghadiri bengkel penulisan yang hebat dan canggih itu. Asalnya dijemput untuk menjadi partner ceramah dan masa yang disediakan sekejap sahaja, tetapi disebabkan seronok sangat dengar Kak Kusyi bercerita, selepas habis sesi perbincangan, aku terus duduk di situ sampai petang. Hahaha! Tidak fasal-fasal dapat jadi peserta dan makan percuma. Gambar di atas adalah gambar perserta bengkel penulisan hari itu. (Dari kiri: Kak Kusyi, Tan Sri Alif, Pakcik Sihap, dan Sebastian. Abang Zul belakang kamera). Aku mempromosikan baju PEKOMIK (Persatuan Penggiat Pelukis Komik Malaysia). Heh!
p/s: Kak Kusyi kata aku sudah kurus sikit. Hahahaha! (Yeke.... )






4 comments:
Faizal Tahir rocks!
- oh yeah!
afdlin shauki aku punya!!!!
masalahnya, dia nak ke kau. Hahahahahaha!
Alif,
Terima kasih banyak-banyak ya. Saling bantu membantu :)
kak kusyi
Post a Comment